Matlamat dan peranan manusia dalam hidup tekah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas-jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dijadikan untik tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya, atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsure dalam ala mini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang-binatang berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.
Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah di bumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggunjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung.
Manusia tidak dijadikan untuk diri nya sendiri, tetapi ia dijadikan untuk menyembah Allah. Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, ia dijadikan untuk selama-lamanya.
Ada orang berkata: "Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup." Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, kenapa manusia hidup?
Ada para materialisme menjawab: "Sesungguhnya manusia hidup untuk diri nya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia."
Manakala orang beriman menajawab: "Manusia hidup hanya kerana Tuhan nya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang Kekal abadi."
Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya dengan yang hidup untuk Tuhan nya, di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.
Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pila perlu kepada orang yang berucap. Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup.
Renung-renungkan seketika...
No comments:
Post a Comment